Saturday, 7 March 2020

Best ke Masuk UKM?

Hi Assalamualaikum! Memandangkan baru2 ni results SPM baru keluar.. So I wanted to share my journey of being a UKM student.. mungkin boleh membantu untuk student2 lepasan SPM/STPM/Asasi/Matriks/Diploma.. I'm gonna share my honest review!

Best ke masuk UKM ni?

UKM is located at Bangi, and for me, it's a strategic place, sebab it's in between Putrajaya, Kajang and Negeri Sembilan. It's also a strategic place sebab heaven ok nak pergi maqon maqon and cuci mata at Seksyen 15, Bangi Sentral. For public transport pulak, KTM UKM is only 5 minutes to UKM. And bus Zone 6 & 'Jom Naik MRT' are provided.




UKM is huge! First bila orang luar yg tak pernah masuk UKM, mesti akan terpenggun. Sebab UKM ni 70% adalah hutan semulajadi. UKM antara Universiti tertua juga di Malaysia, bangunan bangunan pun bangunan bangunan lama.. UKM menjadi salah satu top 3 Universiti di Malaysia dan berada di kedudukan ke 160 QS World University Rankings 2019/2020.




Apa syarat syarat nak masuk UKM? Well basically, UKM punya syarat for lepasan SPM I'm not so sure sebab dekat UKM tak banyak course diploma or asasi. UKM as far as I know, banyak course untuk ijazah sarjana muda. Asasi di UKM ada ASPI (Asasi Pintar) which I think quite hard juga syarat kemasukannya. Sebab budak ASPI are the chosen ones and batch tak ramai. Untuk tengok course apa yang menawarkan diploma, boleh ke laman web rasmi UKM https://www.ukm.my/portal/ . Untuk degree, kelayakan untuk lepasan STPM/Diploma/Matriks adalah at least cgpa 3.20 dan mesti menduduki exam MUET. Ikut kepada bidang apa yang kita nak, untuk Fakulti Pendidikan Islam, MUET band 3. Untuk Fakulti Undang Undang, MUET band 4. It depends on the faculty. Dan UKM  hanya menerima kemasukan melalui UPUONLINE sahaja.

Ok, let's begin with the orientation day. Dekat UKM, kita panggil hari orientasi as 'Minggu Mesra Mahasiswa'. Terciduk ke tak terciduk orientation dia? LANGSUNG TAKKK. Trust me, setiap slot dipenuhi dengan aktiviti aktiviti yang menyeronokkan. Bukan mcm orientasi Universiti2 lain yang hanya tahu ice breaking je.. Masa MMM, 'Pemudah Cara' atau PC akan guide kita dari hari awal kita masuk sampai la hari terakhir. Aktiviti yang menarik ada persembahan, ada treasure hunt, ada slot ilmiah, ada hiburan juga, PC pun akan ajar kita naik bas dari kolej sampai la ke fakulti. PC2 UKM memang daebak! Kalau ada sesiapa yang sakit, diorang akan tolong kita dari A-Z. Sampailah kita betul2 ok, dah dihantar ke BSMM, and kita terus akan dipantau. BSMM pun akan bawak kita ke Pusat Kesihatan UKM. Basically, kalau korang masuk UKM, korang punya perspective terhadap hari orientasi mesti akan berubah! Trust me, UKM punya orientation memang fun! MMM berjalan dalam 5 hari. Hari yang terakhir tu ada makan makan with PC, and mesti rasa sedih sebab tak de dah layanan mcm ni lepasni :')

Ada satu hari, akan diadakan hari mengangkat ikrar menandakan kita berjanji untuk belajar besungguh2 sebagai seorang mahasiswa UKM. Lepas Subuh dah kena get ready, pakai baju kurung merah, tudung putih dan selendang di badan bagi perempuan. Yang lelaki baju putih dan ber tie merah. Bermula lah majlis dari pukul 8 hingga petang. Pagi tu bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu UKM, diteruskan dengan majlis mengangkat ikrar pelajar, ptg tu ada talk exclusive. Masa zaman sis dulu, DSAI yang datang. Banyak input la sepanjang majlis tu berlangsung. Lepas drpd tu, adanya perang yang dipanggil sebagai 'Perang DECTAR'..



Apa tu perang DECTAR? UKM ada semangat 'assabiyyyah' sikit ye antara kolej kolej... dekat UKM ada lebih dari 10 buah kolej.. Kolej orang kaya, 'Kolej Ibu Zain'. Kolej paling besar dan popular, Kolej Pendeta Za'ba dan Keris Mas. Kolej athlete, Kolej Aminuddin Baki, dan banyak lagi lah.. Kalau you dapat duduk kolej2 ni, u antara orang2 yang bertuah sebab kolej2 ni yang selalu menang besar dan disebut sebut. Bagi i sendiri, kolej kolej kat UKM semua menerapkan rasa cinta akan kolej masing2.. Perang DECTAR dilakukan saban tahun. Basically it's a sorakan war. Masa ni lah perang sorakan akan berlaku. Kolej mana yang stay the longer will win. It's so fun tau and such a new thing la to experience! Sorakan2 ni semua akan diajar oleh PC2 kolej masing2.. (Boleh nengok youtube kalau nak tengok perang DECTAR tu)


Ok, setelah MMM berakhir selama 5 hari.. bermula lah kehidupan harian dekat UKM. Macam biasa, kelas paling awal pukul 8am, naik bas pergi ke fac, bas akan ada setiap 30 minit, (kalau lambat pergi kelas pandai2 la book grab/mycar) sbb kolej ke fac jauh ye... adanya kuliah dan tutorial.. ptg atau malam hari, kebiasaannya student sibuk dengan Citra (kokurikulum), atau mungkin akan busy dengan program di kolej. Dan duduk kolej selama 3/4 tahun kena contribute ye untuk kolej. Kena active dalam berporgram. Barulah ada semangat 'kekitaan' dan saling mengenali penghuni penghuni kolej2 tersebut.. Oh lupa! budak2 UKM kalau tak pernah kena kacau dengan monyet, tak cukup legend ye! ahahha... monyet bersepah di UKM... Kalau beli makanan ptg2 tu, waktu aktif monyet pukul 5pm, so sila simpan makanan dalam beg kalau tak nak kena kebas! AHAHAHAHA.. for dean, untuk UKM, 3.75 baru dikira dean! Tapi untuk fakulti, berbeza. Ikut pada fakulti masing2.. ada yang 3.6 pun dah dean. Depends.... Oh lagi satu, sistem di UKM, kalau carrymark kita tinggi, contoh carrymark 50% (yg logiknya dah pass untuk exam), tapi final exam kita hanya dapat below 20% pun akan dikira fail ye. Itu sebabnya kita tak boleh hanya menumpukan tumpuan pada carrymark semata mata. In UKM, you must strive hard!!

Best ke masuk UKM? Conclusion, it depends on how you treat your life lah. As for me, I enjoy every bit of my life in UKM. I enjoy sebab UKM tawarkan Citra kokurikulum yang bst, cth: kita boleh belajar German, Chinese, Konvoi motor, Penjagaan Muka and semua jenis sukan pun ada. Kita boleh cuba asah soft skill yang ada pada diri kita. I ENJOY the monkeys! I enjoy the nature! I enjoy sebab if I bosan sekalipun, I can go for swim, main netball ke, main badminton ke, pergi gym.. Semua tempat tempat ni ada di dalam UKM. Hotel dan golf pun ada! Nak keluar ke Bangi Gateway pun dekat, bosan2 masa weekend boleh naik bas pergi KTM keluar dengan kawan2! I recommend UKM for form 6, Matrics & Dip leavers. Best of luck!





No comments:

Post a Comment