Sunday, 16 August 2020

Review: EUCERIN (Berkesan ke?)

 Hi!!! I'm back. So for today's entry I'm going to review honestly about my journey with Eucerin.


As I posted on my last entry, I pernah cerita how I dealt with my breakouts face. Until one day, I went to pharmacy to look for a new cleanser, and then they suggested me to try Eucerin. So I mcm "oK LA I gonna give a try on this" tapi lepastu it works like a magic on my skin!!! Pakai dua minggu my face dah beransur pulih.

(Yang kiri botol besar, yang kanan botol kecik)


(Ingredients cleanser dia pun best!! Sbb safe from damaging ur skin)

(Highly recommend Pro Acne Solution by Eucerin)


To some of you yang tengah deal with breakout, I really suggest you to try Eucerin Cleansing Gel. Bukan je safe tapi ramai dermatological yang suggested Eucerin tau. Eucerin ni bagus dia tak byk buih. As we know, cleanser yang tak byk buih ni lah yang bagus. I dah 2 years pakai Eucerin and mmng tak tukar tukar. Harga pun beli dekat Watsons/Guardian around RM40+. Bab harga ni I admit mmng quite pricey sikit lagi lagi for student, tapi beli sekali boleh pakai up to 3 months. Nak murah beli dekat Pharmacy AA tak sampai RM40 pun.. 


*How I wish I hv my old pictures to show y'all my breakout skin before and after..


As a conclusion, Eucerin sumpah best!!!!!!!!! Not gonna change to other cleanser now.. 


Thanks for reading! - This is not a paid review. This is an honest review. (I don't review unless it's go000000d)

Friday, 15 May 2020

Wakaf di Malaysia


DEFINISI

Wakaf merupakan salah satu cara ibadah atau cara menghampiri diri kepada Allah menerusi harta kekayaan. Wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang awal di dalam Islam yang diizinkan oleh syarak. Wakaf adalah satu bentuk transaksi harta yang dapat memberikan faedah dan manfaat bukan saja kepada diri pewakaf, malah penerimanya, masyarakat Islam keseluruhan dan pihak pemerintah sendiri turut mendapat kebaikannya. Dalam hubungan ini, pewakaf memperoleh pahala ‘sedekah jariah’, penerimanya dan masyarakat dapat menikmati manfaat harta yang diwakafkan selain ia meringankan beban kewangan kerajaan dalam menyediakan bantuan serta kemudahan untuk masyarakat. Hukum wakaf adalah sunat menurut Jumhur Fuqaha’. Wakaf adalah satu amalan yang sangat dituntut dan ia merupakan salah satu sedekah jariah, yang pahalanya besar daripada Allah SWT.

Maksud Wakaf dari segi bahasa ialah Berhenti (وقف), Menahan (حبس), Menghalang (منع). Dari segi syarak, “Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S.W.T.

Terdapat dua katergori wakaf iaitu wakaf am dan wakaf khas.[1] Wakaf am merupakan mana-mana bentuk harta wakaf yang dibuat untuk tujuan-tujuan kebajikan atau khayrat umum tanpa menentukan mana-mana benefisiari khusus (sama ada terdiri daripada individu ataupun mana-mana organisasi/institusi) ataupun tujuan tujuan khusus yang tertentu. Wakaf khas bersifat khusus apabila pewakaf menentukan wakaf yang dibuat untuk tujuan tujuan khusus ataupun benefisiari benefisiari tertentu. Dalam perwakafan khas,seseorang pewakaf akan menetapkan daripada awal lagi kepada siapakah wakafnya dibuat atau untuk tujuan manakah wakafnya mesti diaplikasikan. Contohnya pewakaf mewakafkan tanah untuk perkuburan atau mewakafkan tanah untuk orang miskin.[2]

DALIL PENSYARIATAN WAKAF

Wakaf merupakan satu amalan yang dianjurkan serta dipraktikkan sejak daripada zaman Baginda Rasulullah SAW lagi. Ia bertitik tolak daripada galakan al-Quran dan al-Sunnah agar berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. Allah SWT menyebut betapa besarnya ganjaran bagi mereka yang membelanjakan harta untuk mendapat keredaan-Nya. Firman Allah SWT:

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Surah al-Baqarah: 261) [3]

Imam Ibn Kathir dalam menjelaskan maksud ayat ini berkata: “Ini merupakan perumpamaan yang diberikan oleh Allah SWT mengenai pelipatgandaan pahala bagi orang yang menafkahkan harta kekayaannya di jalan-Nya dengan tujuan untuk mencari keredaan-Nya.”

Terdapat satu kisah sahabat mewakafkan harta. Dalam satu hadis Anas bin Malik R.A, diceritakan bahawa Abu Talhah merupakan seorang sahabat Ansar yang memiliki kebun kurma yang paling banyak di Madinah. Antara kebun kurma yang paling disayanginya adalah yang terletak di Bairuha’. Apabila Allah SWT mewahyukan ayat tersebut, lantas Abu Talhah terus berkata kepada Rasulullah SAW:
...وَإِنَّ أَحَبَّ أَمْوَالِي إِلَيَّ بَيْرُحَاءَ وَإِنَّهَا صَدَقَةٌ لِلَّهِ أَرْجُو بِرَّهَا وَذُخْرَهَا عِنْدَ اللَّهِ فَضَعْهَا حَيْثُ أَرَاكَ اللَّهُ...
Maksudnya“…Sesungguhnya antara harta-harta yang saya paling sayangi adalah kebun Bairuha’; Harta itu saya sedekahkan untuk Allah dan saya mengharap balasan kebaikan dan simpanan (pahala) di sisi Allah. Ya Rasulullah, silakan apa yang akan anda lakukan menurut petunjuk Allah kepadamu (terhadap kebun itu)…” ( Riwayat al-Bukhari (2769) )[4]

     Kisah ini menunjukkan betapa para sahabat begitu bersungguh-sungguh dalam berlumba-lumba melakukan kebajikan seperti bersedekah dan berwakaf bagi merebut ganjaran pahala yang besar. Perkara seperti ini juga dapat dilihat dalam kisah Saidina Umar R.A yang mewakafkan tanahnya yang bernilai tinggi di Khaibar kerana mengikut saranan Rasulullah SAW bagi tujuan mencari keredaan Allah SWT. Begitu juga dalam kisah yang masyhur, di mana Saidina Uthman bin ‘Affan R.A membeli sebuah perigi yang amat diperlukan kaum Muslimin pada ketika itu, lalu disedekahkannya untuk kegunaan orang-orang Islam di Madinah.

     Daripada kisah-kisah yang dirakamkan tersebut, jelaslah menunjukkan betapa para sahabat sangat menghayati kelebihan dan keutamaan yang diperolehi melalui amalan bersedeqah dan berwakaf. Hal ini terzahir dalam tindakan mereka dalam menyahut seruan Rasulullah SAW untuk memberikan manfaat kepada orang ramai bagi meraih ganjaran besar daripada Allah SWT. Ini kerana mereka menyedari besarnya kelebihan serta ganjaran pahala lantaran sifatnya yang berkekalan dan berpanjangan selagi mana perkara yang diwakafkan itu terus dimanfaatkan dan tidak musnah.[5]

ULASAN

Dengan ini, kita mendapat tahu bahawa wakaf adalah salah satu cara untuk menghampiri diri dengan Allah menerusi harta yang diberikan secara ikhlas. Wakaf juga boleh dikatakan sebagai salah satu ibadah yang awal di dalam Islam yang diizinkan oleh syarak. Kita juga dapat mengetahui bahawa melalui perbuatan ini, individu tersebut akan mendapat pahala yang besar daripada Allah SWT. Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah, diwarisi dan dipusakai. Wakaf memainkan peranan utama dalam permulaan sejarah tamadun Islam untuk meningkatkan ekonomi serta memberikan hak kepada golongan tertentu seperti fakir miskin, anak yatim dan juga pembinaan masjid, surau, madrasah, tahfiz, asrama anak yatim serta tanah perkuburan. Justeru itu, semua umat Islam adalah digalakkan untuk berwakaf kerana amalan wakaf akan memberikan kebaikan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan sehingga pada suatu ketika dahulu tiada orang yang tidak merasakan kebaikan daripada amalan wakaf ini sepertimana yang telah berlaku pada masa-masa kegemilangan Islam. Wakaf juga telah berperanan dalam menyediakan pelbagai kemudahan awam. Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah ianya secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di negara ini khususnya.






RUJUKAN

1)    Seksyen 2 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
2)     Asmak Ab Rahman, “Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam dan Aplikasinya di Malaysia”
3)    Surah Al-Baqarah
4)    Riwayat Al-Bukhari
5)    Bayan Linnas Siri ke-191: Wakaf Pendidikan dan Manfaatnya, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan




[1] Seksyen 2 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
[2] Asmak Ab Rahman, “Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam dan Aplikasinya di Malaysia”, 118 .
[4] Riwayat Al-Bukhari (2769)
[5] Bayan Linnas Siri ke-191: Wakaf Pendidikan dan Manfaatnya, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Hadhanah - Hak Penjagaan Kanak Kanak


PENDAHULUAN

Isu hak jagaan kanak kanak acap kali timbul apabila berlakunya pergolakan rumah tangga dan perceraian. Perebutan hak hadanah, sama ada di antara ibu, bapa atau pihak ketiga seperti ibu atau bapa angkat atau nenek memang sukar untuk diselesaikan tanpa adanya toleransi dan kerjasama di antara pihak-pihak yang terlibat. Oleh itu, fungsi mahkamah di negara kita adalah sebagai pihak yang membuat keputusan terhadap pertikaian membabitkan kanak-kanak berpegang kepada prinsip keutamaan menjaga kebajikan kanak-kanak.

   Istilah hadhanah merujuk kepada pengasuhan anak yang masih kecil kerana fitrah anak kecil memerlukan pengasuhan serta pengawasan rapi. Undang-undang keluarga Islam di Malaysia memperuntukkan tempoh hadanah bagi kanak kanak lelaki tamat apabila cukup umur tujuh tahun dan sembilan tahun bagi kanak-kanak perempuan, dan tempoh ini boleh dilanjutkan oleh mahkamah atas permohonan pengasuh sehingga sebelas tahun bagi kanak-kanak perempuan dan sembilan tahun bagi lelaki.[1] Sekiranya pada peringkat umur tersebut kanak-kanak telah mumaiyiz, maka dia berhak memilih untuk tinggal sama ada bersama ibu atau bapa melainkan jika mahkamah memerintahkan selainnya.

PENGERTIAN HADHANAH

Hadhanah dari segi bahasa ialah ‘disamping’ iaitu himpun disamping. Asal perkataan hadhanah ialah الحضن yang juga membawa maksud tepi atau sisi. Ini disebabkan kerana orang yang ingin mengambil kanak-kanak tersebut meletakkan kanak kanak itu disisinya. Ada juga yang menyatakan bahawa perkataan hadhanah itu adalah berasal daripada perkataan arab dari kata dasar الحضان yang bererti lambung atau rusuk kerana setiap ibu yang mengandung atau mendukung anaknya akan meletakkannya dibahagian rusuk.

   Seterusnya pengertian hadhanah dari segi istilah pula ialah hak mendidik anak-anak bagi orang yang mempunyai hak penjagaan. Penjagaan itu termasuklah mendidik dan menjaga mereka yang tidak mampu mengurus diri sendiri bagi menjauhkan daripada perkara-perkara yang buruk mengenainya, kerana mereka tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Mereka dijaga dari segi makan dan minum, pakaian, tempat tidur dan kebersihannya dalam tempoh umur yang tertentu Hadhanah dari segi istilah juga boleh membawa erti menjaga serta memelihara anak-anak yang masih kecil sama ada lelaki atau perempuan atau anak-anak yang sudah dewasa tetapi belum mumaiyiz dari sebarang anasir yang boleh merosakkan fizikal mahupun mentalnya sehinggalah kanak-kanak itu mampu berdikari dan memikul tanggungjawab.

   Pengertian hadhanah juga bermaksud pemeliharaan kanak-kanak yang masih kecil, sama ada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak bodoh yang tidak mumaiyiz, sesudah berlaku perceraian antara kedua ibu bapa mereka. Memandangkan kanak-kanak itu merupakan seorang yang masih kecil, maka secara rasional seorang kanak-kanak itu tentu sekali tidak dapat menguruskan dan melengkapkan hal-hal kehidupan sehariannya tanpa pegawasan dan pengendalian dari seorang yang dewasa. [2]

    Mengikut pandangan Mazhab Syafie, hadanah ditakrifkan sebagai menjaga dan mendidik orang yang tidak mampu bersendirian menguruskan dirinya daripada perkara yang menyakitkannya. Ketidakmampuan tersebut disebabkan oleh ketidakupayaan dalam membezakan sesuatu atau dengan lain perkataan menjaga seseorang dengan melakukan untuknya perkara yang mendatangkan kebaikan seperti menjaga makan minum dan sebagainya. [3]


DASAR HUKUM HADHANAH 

Dalam Islam, hukum memelihara dan mendidik anak adalah kewajipan bagi kedua ibu bapanya, jika anak tidak dipelihara keselamatannya akan terancam. Sebagaimana yang diterangkan dalam Alquran[4], ertinya “wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar; mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkannya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”. Ini dapat diringkaskan bahawa pemeliharaan anak merupakan tanggungjawab kedua orang tuanya di mana segala hal biayaan pemeliharaan dan Pendidikan anak merupakan tanggungjawab ayah manakala hak memelihara dan membesarkan anak pula ada tanggungjawab ibu.

   Hadith Rasulullah juga menerangkan bahawa ibu lebih berhak dalam pengasuhan anak, sebelum anak itu belum menikah dengan mana-mana lelaki. Terdapat satu peristiwa di mana Saidina Umar R.A yang menceraikan isterinya dan kemudian keduanya bersilisih tentang hak penjagaan anaknya. Maka, Rasulullah bersabda sedemikian. Namun, jika anak tersebut telah mumayiz, maka anak tersebut berhak memilih dengan siapa ia akan tinggal dan ikut sama ada ibu atau bapanya.

   Di Malaysia juga ada menyatakan tentang hak penjagaan anak[5] di dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

   Kita dapat lihat bahawa undang-undang Malaysia yang selari dengan ajaran Islam sememangnya mengutamakan hak anak kepada ibu, tetapi jika ibu hilang kelayakan barulah hak tersebut jatuh kepada nenek sebelah ibu kemudian bapa dan seterunya.

    Kesimpulannya, hadhanah merupakan ketetapan wajib yang dilaksanakan. Haram membiarkan anak-anak tanpa penjagaan, seperti makan minum anak dan juga pendidikan mereka. Ia menjadi fardhu ain ke atas ibu atau bapa ketika umur mereka masih menyusu dan kecil. Ia adalah wajib ke atas ibu bapa kerana mengabaikan anak kecil adalah sama seperti membinasakan mereka.



SYARAT SYARAT HADHANAH


  1. Individu tersebut beragama Islam
  1. Individu tersebut berakal- Orang gila tidak layak, walaupun gila tidak berterusan
  1. Individu tersebut sudah baligh - Kanak -kanak belum baligh tidak layak kerana dia masih tidak mampu menguruskan dirinya
  1. Individu tersebut berakhalak dan beramanah dan
  1. Individu tersebut tinggal di kawasan kanak-kanak tersebut serta tidak menghadapi apa-apa akibat buruk dasmani dan rohani

SEBAB SEBAB HILANG KELAYAKAN HADHANAH


   Dalam beberapa keadaan tertentu hak penjagan anak itu boleh hilang seperti yang berikut:

  1. Berpindah ketempat lain dengan tujuan untuk menghalang bapa kanak-kanak itu daripada menziarahi
  1. Berkelakuan buruk atau fasik sehingga kanak-kanak tersebut tidak aman untuk tinggal bersama
  1. Berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak tersebut.
  1. Murtad
  1. Menzalimi kanak-kanak tersebut seperti menderanya dan lain-lain

ORANG-ORANG YANG BERHAK MELAKUKAN HADHANAH

Menurut seksyen 81(1) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984, ibu meupakan orang yang paling berhak untuk menjaga anak kecilnya semasa perkahwinan dan selepas pembubarannya dan tertakluk kepada seksyen 82 yang menerangkan tentang syarat-syarat untuk menjadi hadinah.[6]

   Walau bagaimanapun, menurut seksyen 81(2) jika mahkamah mendapati bahawa ibu hilang kelayakan atas penjagaan anak maka hak hadhanah akan berpindah kepada salah seorang individu tersebut iaitu nenek sebelah ibu hingga ke atas, bapa, nenek sebelah bapa hingga ke atas, kakak atau adik perempuan seibu sebapa, kakak atau adik perempuan seibu, kakak atau adik perempuan sebapa, anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa,  anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu, anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa, emak saudara sebelah ibu, emak saudara sebelah bapa, waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah atau residuari dengan syarat penjagaan anak itu tidak menjejaskan kebajikan anak tersebut. Hadinah tersebut mestilah tertakluk kepada subseksyen (3) iaitu jika penjagaan anak itu jatuh ke atas seorang lelaki maka lelaki tersebut mestilah muhrim kepada anak itu iaitu seseorang yang dilarang berkahwin dengannya.

     Selain itu, menurut seksyen 81(4), jika ada beberapa orang yang berkelayakan untuk menjaga anak itu dan mereka bersetuju untuk menjaganya maka yang paling tua antara mereka mestilah dipilih dan mestilah tertakluk kepada seksyen 82 dan 84 di mana hadinah perlulah menepati syarat dan menjaga anak tersebut dalam tempoh penjagaan yang ditetapkan.

TEMPOH HADHANAH

Hadhanah berakhir apabila kanak-kanak itu tidak lagi memerlukan pengasuhan perempuan, telah mencapai umur mumaiyiz dan mampu berdikari iaitu mampu menguruskan sendiri keperluan asasnya seperti makan sendiri dan mandi sendiri. Oleh itu tidak ditentukan tempoh tertentu mengenai hadhanah ini. Menurut mazhab Syafi’I dan Hanbali, tempoh hadhanah tidak dihadkan dengan tempoh masa atau umur tertentu. Bagaimanapun fatwa mazhab Hanafi dan lain-lain menyebut:

“Masa hadhanah berakhir apabila kanak-kanak itu berumur tujuh tahun sekiranya lelaki dan sembilan tahun jika perempuan”.[7]

   Mazhab ini berpendapat bahawa penambahan masa bagi kanak-kanak perempuan adalah perlu bagi membolehkan mereka membiasakan diri dengan kebiasaan orang-orang perempuan yang mempelajarinya daripada pengasuhan tersebut. Selepas kanak-kanak itu mumaiyiz, ia diberi hak memilih sendiri untuk tinggal bersama ibu atau bapanya.[8]

     Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Seorang perempuan menemui Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah! Bekas suamiku ingin mengambil anakku. Anakku telah memberiku minum daripada telaga Abu ‘Inabah. Sesungguhnya, dia amat berguna kepadaku.” Rasulullah SAW bersabda: “Buatlah undian.” Maka bekas suami perempuan tersebut berkata: “Sesiapa yang boleh menghalangku daripada anakku!” Rasulullah SAW bersabda: “Ini bapamu dan ini pula ibumu, peganglah tangan siapa yang kamu pilih.” Lalu, anak tersebut pun memegang tangan ibunya dan mengikutnya pulang.”[9]

     Di Malaysia, tempoh Hadhanah telah diperuntukkan di dalam Seksyen 84 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Seksyen 84 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan bahawa:

(1) Hak hadhinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadhinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.
(2) Setelah tamatnya hak hadhinah, jagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.[10]

     Maka, dapat disimpulkan bahawa tempoh hadhanah tamat setelah kanak-kanak mencapai umur mumaiyiz, iaitu tujuh tahun untuk kanak-kanak lelaki dan sembilan tahun untuk kanak-kanak perempuan. Setelah tamatnya hak hadhanah, jagaan adalah turun kepada bapa dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah Syariah memerintahkan selainnya.

PENUTUP
Hadhanah adalah hak mutlak seorang kanak-kanak dan penentuan hadhanah yang terbaik memberikan kemaslahatan kepada kebajikan dan kehidupan kanak-kanak. Mahkamah menitikberatkan keupayaan penjaga dalam memberikan segala keperluan dalam penjagaan. Kriteria penjaga itu seharusnya dapat memberi kebajikan kepada kehidupan kanak-kanak dan dapat mengelakkan seorang kanak-kanak itu dari mengalami sebarang kemudaratan yang memungkinkan menjejaskan pembesaran, pendidikan dan kehidupan seharian kanak-kanak tersebut. Ini merupakan asas-asas pertimbangan yang dilihat mahkamah dalam menentukan penjaga kanak-kanak. Malah mahkamah juga serius memandang jauh kepada kesan sekiranya kanak-kanak tidak diberikan nilai penjagaan yang baik. Kanak-kanak tidak mampu untuk mandiri secara tersendiri dan secara fitrahnya perlu kepada penjaga. Walau bagaimanapun, setiap kes akan memberi impak yang berbeza berkenaan apa yang terbaik untuk kemaslahatan, keperluan dan kebajikan seseorang anak kerana setiap kes mempunyai fakta latar belakang yang berbeza. Oleh yang demikian, penjaga beragama Islam, berakhlak mulia serta mempunyai pertalian ibu atau ibu saudara adalah orang yang paling berhak dan yang lebih diutamakan untuk memelihara kanak-kanak hasil daripada penceraian.





[2] Nur Zulfah Md Abdul Salam, ‘Asas Pertimbangan Dalam Penghakiman Hadanah: Analisis Terhadap Kes Kes Di Mahkamah Syariah’ , Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), (2018) , 48.
[3] Zanariah Noor, ‘Aplikasi Prinsip Kebajikan Kanak Kanak Dalam Kes Hadanah’ , Malaysian Journal Of Syariah And Law (USIM), Vol.2 (2010) , 66.
[4] Surah at-Tahrim ayat 6
[5] Seksyen 81 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
[6] Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984. Diambil dari www2.esyariah.gov.my.
[7] Abdul Monir Yacoob & Siti Shamsiah Md Supi 2006:153
[8] Umar Mukhtar Mohd Noor, ‘Bayan Linnas Siri Ke-214: Solusi Rasulullah SAW Dan Para Sahabat Terhadap Pertikaian Hadhanah’, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
[9] Riwayat Abu Daud (2277).
[10] Seksyen 84 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

Monday, 23 March 2020

Soalan Interview Universiti

In today's topic, I'm gonna talk about my experience going to interview in my Uni. Tak semua Universiti dan tak semua course ada interviews. Hanya course2 yang bertanda merah ketika kita buat pilihan UPUOnline sahaja yang ada interview. For some Universities, mcm Asasi UITM, UKM, UIA, mereka ada interview cara mereka tersendiri. Disebabkan I seorang mahasiswa drpd UKM, jadi in this entry I akan share lah my experience dapat tawaran interview sebagai salah satu syarat melayakkan diri ke UKM.


Well, it must be very nervous, lagi2 bila Universiti idaman kita panggil kita untuk interview. Time ni la kita nervous, sbb kita bukan bawak nama diri kita je, tapi sbb parents kita, nenek kita dkt rumah mesti berharap sgt untuk kita layak masuk ke Universiti tu.. 

Ok sebelum tu...

Macam mana nak tahu kita terpanggil ke interview? Nanti dalam bulan 6, ada laman web UPU akan uar-uarkan, dia bagi link, so dalam link tu, kita masukkan info kita, username, password n ic, lpstu check ada tak Universiti yang panggil kita untuk interview. Dan kepada yang tak dapat interview, jangan down sebab mcm I cakap, tak semua course ada interview, maybe course yang dipilih tu takde interview. Kepada yang dapat interview, jangan put hopes too high sangat jugak, sbb panggilan ke temuduga ni TIDAK MENJAMIN APA APA ye untuk kita dapat masuk Uni tu. Tempat kita hanya 50-50 je secure.


Jadi, apakah preparation yang patut dibuat sebelum ke temu duga?

1) Buat research tentang course yang kita mohon
2) Susun semua di dalam satu fail- surat temuduga,sijil2, ic, sijil spm sijil MUET, dan sbgnya. (Fail tu nnti lecturer nak tengok).
3) Practice menulis essay
4) Practice bercakap sorang2 di hadapan cermin.
5) Tidur awal, interview bermula seawal 8 pagi.


Pengalaman Interview di UKM

So dkt UKM, interview starts at 8am, so yang jauh pandai2 la kena datang sehari sebelum, stay dkt hotel UKM, ataupun stay area Bangi ke.. Untuk mereka yang rumah dekat pulak, saranan saya lepas Subuh dah kena gerak, sebab Bangi jammed.. Nak datang interview kan, kita mesti la nak kena sampai on time xD Pakaian mestilah mengikut attire as a student ye..Formal.

How was the interview? 

Jeng x3

So dekat UKM, interview di bahagi kepada dua:

Pertama:
1) Ujian bertulis di dalam Bahasa Melayu (Essay)
2) Ujian bertulis di dalam English (Essay)

Kedua:
1) Face to Face interview with lecturers (Dalam BM)
2) Face to Face interview with lecturers (Dalam BI)

So basically, kita akan melalui empat tugasan ini. Untuk essay, akan diberikan 15 minit, dan kena pantas la nak tulis. Untuk face to face interview lebih kurang 5-10 minutes each. Untuk essay kita akan duduk ramai2 dalam satu bilik, untuk interview pulak hanya sorang2..

So apakah soalan soalan yang bakal ditanya semasa interview?

1) Untuk essay questions, basically dia just nak uji pengetahuan kita, dia tanya soalan sejarah. Ataupun boleh jadi dia akan tanya pengetahun am. Untuk essay english pulak, dia suruh bagi our opinions on an issue. kita. Masa diperuntukkan hanya 15 minit, jadi kena pantas untuk mengerah idea dan menulis.

2) Antara soalan soalan yang bakal ditanya ketika face2face interview pulak, tak kira la dlm BM ke BI ke, first dia akan suruh kita introduce diri sendiri (sambil tu dia selak file kita, dia tengok result SPM kita, dia tengok sama ada kita active tak dalam kokurikulum), sambil2 tu dia tanya la, 'kenapa kita berminat denga course ni?' atau dia suka tanya 'Course ni adalah pilihan ke berapa dalam UPUOnline? Mengapa letak as your choice?" . So pandai2 la goreng. Tu soalan2 wajib la. Prepare awal2 soalan mcm tu. Soalan kedua dia boleh tanya tentang course berkaitan yang kita pohon. So wajib untuk kita buat research dan tahu tentang basic thing bout our course. Soalan lain, mungkin dia akan bagi kita situasi, lepastu dia mintak pendapat/opinions kita, , atau dia boleh tanya soalan2 KBAT, tapi basically dia nak tahu pendapat kita.Bila dia tengok fail kita, dia bukan tengok suka2, dia akan tengok kita belajar course apa sblm ni, lepastu dia akan beri soala, lepastu suruh kita kaitkan dengan sesuatu. For example: dulu kita belajar kos agama, dia akan tanya soalan tentang agama, dan lecturer akan beri soalan dan dia suruh kita kaitkan dengan isu semasa sekarang. So isu semasa skarang pun wajib untuk kita study yea sblm pergi interview.

Begitulah temuduga di UKM. Interview habis dalam pukul 11am-12pm. Cepat kita habiskan cepat la kita balik. Dan honestly, saya pun tak tahu mcm mana lecturers nilai kita, aspek apa yg dia tengok, I'm not so sure. 

Tips yang boleh saya bagi dkt sini:- SELALU CONFIDENT BILA BERCAKAP. Tak kesah la opinions kita tu logik ke tak, tapi lecturer2 suka nak tengok cara kita bercakap dan melontarkan sesuatu pendapat. Untuk soalan essay, tulis sebanyak mungkin dan padatkan jawapan kita dengan kata2 bombastik, yang boleh memukau lecturer2 bila mereka baca. Buat something rare dan 'WOW' kan pensyarah2 supaya mereka yakin untuk memilih kita. 

Buat adik2 yang bakal ke temuduga, gOOOOD luCKKKKKKKKK, ChaiiiiiYooKKKKKK, FIGHTING YEAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Nervous itu biasa, confident je penting okie? :D







Tuesday, 17 March 2020

Produk Menghilangkan Jerawat (Drug Store)

(Sambungan to my last's post)

Being a student, to be honest I can't afford untuk berjumpa dengan pakar.. so I pergi farmasi, I tanya the pharmacist which product yang affordable and bagus untuk yang ada acne.. So, don't worry. In this entry, I akan ajar car nak dapatkan kulit yang sihat dengan harga yang affordable..  In Syaa Allah boleh membantu semua students2.

So in this entry, I'm gonna share with you my acne journey and how to get rid of it..


Disclaimer: I'm not a pro.. I cuma akan share apa yg i pakai.. kalau salah, maaf ye.. ini sekadar sharing my experience sahaja..


LET'S GET STARTED INTO MY SKIN CARE THANGGGG!



TADAAAAA!!!!

Well, you see, I punya skincare is students friendly. Sebabtak mahal mcm skincare2 yang lain..

Ok now, I akan describe satu persatu skincare yang i guna:

1) EUCERIN (CLEANSER)
Eucerin Pro ACNE Solution ni memang bagus untuk semua yang alami acne problems. In 2 weeks, you can see ur skin will getting better. Harga pun affordable, bawah RM40 je. I really recommend Eucerin sebab it works well on my skin! Ramai pakar kulit, dermatologist and doctor sarankan pakai Eucerin. Pakai sehari dua kali. Cukup sekali pagi, sekali malam. Kalau selalu sangat pakai cleanser pun tak boleh tau. Nak beli skincare kena kenal skin types, for Eucerin ni memang sesuai untuk all skin types. Kadang2 ada cleanser yg sesuai dkt kulit kita, dan ada yg tak. So maybe korang can try and error on this product memandangkan harga dia sgt affordable. This producct is safe and highly recommended!


2) ST. IVES (Scrub)
ST. Ives Scrub ada banyak jenis. Fungsi scrub ni basically akan remove all the dead skin from our face. Scrub hanya boleh dibuat SEMINGGU SEKALI dan bukannya tiap2 hari ye. Sakit kulit kita kalau kita scrub hari2. Pakai scrub ni best! Licin je muka nanti. Blackheads and whitehads pun hilang. Kalau i, i pakai yang St. Ives Acne Control. Tapi ramai cakap pakai yg tu tak berapa elok sbb particles dia besar2, boleh harsh kan kulit. Which is true. Tapi I bila scrub, I scrub very gently sbb I tahu particles dia besar2. Untuk korang, mungkin you can try their Green tea, sbb ramai yang pakai Green Tea. Harga bawah RM20.


3) GARNIER PRO ACTIVE (TONER)


Toner dipakai dalam 3 keadaan. Satu selepas kita scrub muka. Sebab lepas scrub, pori2 kita akan terbuka. So kita tutup balik denga toner. And yes, toner akan rasa pedih2 sikit. Never scrub ur face lepastu tak buh toner. NEVERRRRR ok. Kedaan kedua, bila kita 'ter'picit jerawat (tak boleh picit jerawat ye, tapi sometimes kita geram kan) so cepat2 apply moisturizer untuk tutup balik liang liang pori. Keadaan ketiga, bila jerawat naik, you boleh letak toner, sebab toner boleh cepat masakkan jerawat kita tu. Dalam seminggu, pakai la toner 3 hari sekali, dan bukan hari2 ye. Sebab toner mengeringkan kulit. Harga bawah RM15



4) SAFI SARI GAMAT & HABBATUS SAUDA (MOISTURIZER) 

Safi Pelembab Muka Sari Gamat + Habbatus Sauda ni ada beberapa jenis. Tapi boleh pakai yang biru ni, ataupun yang hijau (Aloe vera + Habbatus Sauda) Moisturizer wajib pakai setiap malam. Kenapa wajib? Sebab bila kita tidur, muka kita akan hasilkan minyak. Minyak di muka lah terhasilnya jerawat. So, tanak muka berminyak, kena rajin apply moisturizer. Sejuk je rsa bila apply moisturizer nih. Harga dalam RM10 jer..


5) TOPICIL 

Topicil sangat effective dalam mengecilkan dan menghilangkan jerawat. Harini pakai, esok jerawat kita dah masak or dah mengecut. I prefer pakai Topicil daripada ubat jerawat yang lain sbb Topicil ni liquid, bukan cream. So takde la malu ngan roommate bila takde kesan cream dekat muka. Recommend sangat! Price is below RM28. (Yang ni I selalu beli dkt AA pharmacy, dkt Watsons/Guardian/Caring/BIG tak sure diorang ada jual ke tak, maybe ada jual tapi dekat bahagian yang bercermin, kena mintak daripada pharmacist yang bertugas).


6) HIRUSCAR ANTI ACNE GEL 


Bila jerawat dah hilang, mesti ada bekas jerawat kan.. so bagi I, produk yang quite effective adalah Hiruscar Anti-Acne Spot Gel. Dia tak la harini apply, esok hilang kesan jerawat tu. It takes a long time. Susah ok nak hilangkan bekas jerawat. Kena rajin apply hiruscar ni tiap2 malam.For me, bekas2 jerawat yg I ada dulu makin pudar by using this! Harga below RM30.


7) BIORE UV SPF 50+ (SUNSCREEN)


Biore UV Sun Protection yang warna kuning ni yang I rasa paling best! Dia ada banyak types, ada yang colour biru jugak, for me the blue one cair sangat, so I tak berapa suka. Pakai sunblock WAJIB! Pakai lah sunblock apa2 brand sekalipun bila keluar rumah. Even kalau dalam rumah pun, rumah yang cahaya matahari masuk, pakai lah sunblock. Bila kulit kita terdedah dengan matahari, boleh jadikan kulit kita kusam,berminyak. Nanti mesti timbul pimples. Bila kita degil tanak pakai sunblock, nanti dah berumur, senang jeragat naik. Nak pulihkan jeragat lagi susah ye daripada jerawat. So better jaga baik2 kulit korang. Harga sunscreen nih dalam RM23 je!


8) GARNIER MICELLAR WATER (MAKEUP REMOVER)

Micellar Water Garnier ni ada 3 jenis. warna pink, biru and kuning. Untuk kulit berjerawat, sesuai warna biru. Lepas kita dah lalui our busy day, sebelum mandi, sebelum pakai cleanser, buang dulu suncreen, makeup2 and segala kekotoran yang berada di muka. Kalau pakai cleanser je nak buang kekotoran dekat muka memang tak cukup bersih. Harga RM13. Kalau nak jimat beli yang besar terus, RM25!


ADDITIONAL !


1) VASELINE HEALTHY WHITE PERFECT 10 (SUN PROTECTION)


Price is around RM11. Bukan muka je kena apply sunscreen, tangan kita pun kena apply sun screen tau. Tanak la nanti muka je putih, tangan tak sekata kulitnya. 


2) GARNIER EYE ROLL 
Tujuan untuk menghilangkan dark circle di bawah mata. 


*********************************************************************************


* Produk2 di atas adalah produk produk selamat daripada farmasi. Sesuai untuk wanita dan juga lelaki. 

* Tak kesah sebenarnya sama ada nak beli produk farmasi selain yang ditunjukkan di atas. Banyak lagi produk2 yang bagus dan bermutu. Brands2 yang ditulis di atas hanyalah sebagai panduan, sebab it works well on my skin. 

* Before nak cuba sesuatu produk, buat research dulu ye, Dah yakin, baru beli.

* Kalau ada mana2 skincare yang tak sesuai dengan your skin, lepas 2 minggu jangan diteruskan pakai.  Kalau dah banyak kali mencuba, tak work jugak on your skin, try lagi skincare yang lain. Tak salah kalau mencuba, sebab I dulu labur banyak duit jugak nak cuba skincare ni skincare tu. Lepas jumpa Eucerin dan amalkan double cleansing, cleanser, tak skip moisturizer, letak toner, scrub seminggu sekali, selain tu amalkan tips http://myloveislikeastar.blogspot.com/2020/03/tips-menghilangkan-jerawat.html sebagai routine, baru skin I jadi elok balik. 

*Cuba consult dengan doktor kalau masih teruk, dengar nasihat daripada doktor. Pergi klinik biasa je, sebab nak pergi pakar mahal.

* Semoga entry kali ini bermanfaat untuk semua.