PENDAHULUAN
Isu
hak jagaan kanak kanak acap kali timbul apabila berlakunya pergolakan rumah
tangga dan perceraian. Perebutan hak hadanah, sama ada di antara ibu, bapa atau
pihak ketiga seperti ibu atau bapa angkat atau nenek memang sukar untuk diselesaikan
tanpa adanya toleransi dan kerjasama di antara pihak-pihak yang terlibat. Oleh
itu, fungsi mahkamah di negara kita adalah sebagai pihak yang membuat keputusan
terhadap pertikaian membabitkan kanak-kanak berpegang kepada prinsip keutamaan
menjaga kebajikan kanak-kanak.
Istilah hadhanah merujuk kepada pengasuhan
anak yang masih kecil kerana fitrah anak kecil memerlukan pengasuhan serta
pengawasan rapi. Undang-undang keluarga Islam di Malaysia memperuntukkan tempoh
hadanah bagi kanak kanak lelaki tamat apabila cukup umur tujuh tahun dan
sembilan tahun bagi kanak-kanak perempuan, dan tempoh ini boleh dilanjutkan
oleh mahkamah atas permohonan pengasuh sehingga sebelas tahun bagi kanak-kanak
perempuan dan sembilan tahun bagi lelaki.[1] Sekiranya pada peringkat
umur tersebut kanak-kanak telah mumaiyiz, maka dia berhak memilih untuk tinggal
sama ada bersama ibu atau bapa melainkan jika mahkamah memerintahkan selainnya.
PENGERTIAN HADHANAH
Hadhanah
dari segi bahasa ialah ‘disamping’ iaitu himpun disamping. Asal perkataan
hadhanah ialah Ø§Ù„ØØ¶Ù† yang juga membawa maksud tepi atau sisi. Ini disebabkan
kerana orang yang ingin mengambil kanak-kanak tersebut meletakkan kanak kanak
itu disisinya. Ada juga yang menyatakan bahawa perkataan hadhanah itu adalah
berasal daripada perkataan arab dari kata dasar Ø§Ù„ØØ¶Ø§Ù† yang bererti lambung
atau rusuk kerana setiap ibu yang mengandung atau mendukung anaknya akan
meletakkannya dibahagian rusuk.
Seterusnya pengertian hadhanah dari segi
istilah pula ialah hak mendidik anak-anak bagi orang yang mempunyai hak
penjagaan. Penjagaan itu termasuklah mendidik dan menjaga mereka yang tidak
mampu mengurus diri sendiri bagi menjauhkan daripada perkara-perkara yang buruk
mengenainya, kerana mereka tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk.
Mereka dijaga dari segi makan dan minum, pakaian, tempat tidur dan
kebersihannya dalam tempoh umur yang tertentu Hadhanah dari segi istilah juga
boleh membawa erti menjaga serta memelihara anak-anak yang masih kecil sama ada
lelaki atau perempuan atau anak-anak yang sudah dewasa tetapi belum mumaiyiz
dari sebarang anasir yang boleh merosakkan fizikal mahupun mentalnya
sehinggalah kanak-kanak itu mampu berdikari dan memikul tanggungjawab.
Pengertian hadhanah juga bermaksud
pemeliharaan kanak-kanak yang masih kecil, sama ada lelaki atau perempuan atau
kanak-kanak bodoh yang tidak mumaiyiz, sesudah berlaku perceraian antara kedua
ibu bapa mereka. Memandangkan kanak-kanak itu merupakan seorang yang masih
kecil, maka secara rasional seorang kanak-kanak itu tentu sekali tidak dapat
menguruskan dan melengkapkan hal-hal kehidupan sehariannya tanpa pegawasan dan
pengendalian dari seorang yang dewasa. [2]
Mengikut
pandangan Mazhab Syafie, hadanah ditakrifkan sebagai menjaga dan mendidik orang
yang tidak mampu bersendirian menguruskan dirinya daripada perkara yang
menyakitkannya. Ketidakmampuan tersebut disebabkan oleh ketidakupayaan dalam
membezakan sesuatu atau dengan lain perkataan menjaga seseorang dengan
melakukan untuknya perkara yang mendatangkan kebaikan seperti menjaga makan
minum dan sebagainya. [3]
DASAR HUKUM HADHANAH
Dalam Islam, hukum memelihara dan mendidik
anak adalah kewajipan bagi kedua ibu bapanya, jika anak tidak dipelihara
keselamatannya akan terancam. Sebagaimana yang diterangkan dalam Alquran[4],
ertinya “wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari
api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; neraka itu dijaga dan
dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar; mereka tidak menderhaka kepada
Allah dalam segala yang diperintahkannya kepada mereka dan mereka pula tetap
melakukan segala yang diperintahkan”. Ini dapat diringkaskan bahawa
pemeliharaan anak merupakan tanggungjawab kedua orang tuanya di mana segala hal
biayaan pemeliharaan dan Pendidikan anak merupakan tanggungjawab ayah manakala
hak memelihara dan membesarkan anak pula ada tanggungjawab ibu.
Hadith
Rasulullah juga menerangkan bahawa ibu lebih berhak dalam pengasuhan anak,
sebelum anak itu belum menikah dengan mana-mana lelaki. Terdapat satu peristiwa
di mana Saidina Umar R.A yang menceraikan isterinya dan kemudian keduanya
bersilisih tentang hak penjagaan anaknya. Maka, Rasulullah bersabda sedemikian.
Namun, jika anak tersebut telah mumayiz, maka anak tersebut berhak memilih
dengan siapa ia akan tinggal dan ikut sama ada ibu atau bapanya.
Di Malaysia juga ada menyatakan tentang hak
penjagaan anak[5] di
dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Kita
dapat lihat bahawa undang-undang Malaysia yang selari dengan ajaran Islam
sememangnya mengutamakan hak anak kepada ibu, tetapi jika ibu hilang kelayakan
barulah hak tersebut jatuh kepada nenek sebelah ibu kemudian bapa dan
seterunya.
Kesimpulannya,
hadhanah merupakan ketetapan wajib yang dilaksanakan. Haram membiarkan
anak-anak tanpa penjagaan, seperti makan minum anak dan juga pendidikan mereka.
Ia menjadi fardhu ain ke atas ibu atau bapa ketika umur mereka masih menyusu
dan kecil. Ia adalah wajib ke atas ibu bapa kerana mengabaikan anak kecil
adalah sama seperti membinasakan mereka.
SYARAT SYARAT HADHANAH
- Individu tersebut beragama Islam
- Individu tersebut berakal- Orang gila tidak layak, walaupun gila tidak berterusan
- Individu tersebut sudah baligh - Kanak -kanak belum baligh tidak layak kerana dia masih tidak mampu menguruskan dirinya
- Individu tersebut berakhalak dan beramanah dan
- Individu tersebut tinggal di kawasan kanak-kanak tersebut serta tidak menghadapi apa-apa akibat buruk dasmani dan rohani
SEBAB SEBAB HILANG KELAYAKAN HADHANAH
Dalam beberapa keadaan tertentu hak penjagan
anak itu boleh hilang seperti yang berikut:
- Berpindah ketempat lain dengan tujuan untuk menghalang bapa kanak-kanak itu daripada menziarahi
- Berkelakuan buruk atau fasik sehingga kanak-kanak tersebut tidak aman untuk tinggal bersama
- Berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak tersebut.
- Murtad
- Menzalimi kanak-kanak tersebut seperti menderanya dan lain-lain
ORANG-ORANG YANG BERHAK MELAKUKAN HADHANAH
Menurut seksyen 81(1) Akta Undang-undang
Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984, ibu meupakan orang yang
paling berhak untuk menjaga anak kecilnya semasa perkahwinan dan selepas pembubarannya
dan tertakluk kepada seksyen 82 yang menerangkan tentang syarat-syarat untuk
menjadi hadinah.[6]
Walau bagaimanapun, menurut seksyen 81(2)
jika mahkamah mendapati bahawa ibu hilang kelayakan atas penjagaan anak maka
hak hadhanah akan berpindah kepada salah seorang individu tersebut iaitu nenek sebelah ibu hingga ke atas, bapa, nenek sebelah bapa hingga
ke atas, kakak atau adik perempuan seibu
sebapa, kakak atau adik perempuan seibu, kakak atau adik perempuan sebapa, anak
perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa, anak perempuan
dari kakak atau adik perempuan seibu, anak perempuan dari kakak atau adik
perempuan sebapa, emak saudara sebelah ibu, emak saudara sebelah bapa, waris
lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah atau residuari dengan syarat
penjagaan anak itu tidak menjejaskan kebajikan anak tersebut. Hadinah tersebut
mestilah tertakluk kepada subseksyen (3) iaitu jika penjagaan anak itu jatuh ke
atas seorang lelaki maka lelaki tersebut mestilah muhrim kepada anak itu iaitu
seseorang yang dilarang berkahwin dengannya.
Selain itu, menurut seksyen 81(4), jika ada
beberapa orang yang berkelayakan untuk menjaga anak itu dan mereka bersetuju
untuk menjaganya maka yang paling tua antara mereka mestilah dipilih dan mestilah
tertakluk kepada seksyen 82 dan 84 di mana hadinah perlulah menepati syarat dan
menjaga anak tersebut dalam tempoh penjagaan yang ditetapkan.
TEMPOH
HADHANAH
Hadhanah berakhir apabila kanak-kanak itu
tidak lagi memerlukan pengasuhan perempuan, telah mencapai umur mumaiyiz dan
mampu berdikari iaitu mampu menguruskan sendiri keperluan asasnya seperti makan
sendiri dan mandi sendiri. Oleh itu tidak ditentukan tempoh tertentu mengenai
hadhanah ini. Menurut mazhab Syafi’I dan Hanbali, tempoh hadhanah tidak
dihadkan dengan tempoh masa atau umur tertentu. Bagaimanapun fatwa mazhab
Hanafi dan lain-lain menyebut:
“Masa hadhanah berakhir apabila kanak-kanak
itu berumur tujuh tahun sekiranya lelaki dan sembilan tahun jika perempuan”.[7]
Mazhab ini berpendapat bahawa penambahan masa
bagi kanak-kanak perempuan adalah perlu bagi membolehkan mereka membiasakan
diri dengan kebiasaan orang-orang perempuan yang mempelajarinya daripada
pengasuhan tersebut. Selepas kanak-kanak itu mumaiyiz, ia diberi hak memilih
sendiri untuk tinggal bersama ibu atau bapanya.[8]
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Seorang perempuan menemui Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah! Bekas
suamiku ingin mengambil anakku. Anakku telah memberiku minum daripada telaga
Abu ‘Inabah. Sesungguhnya, dia amat berguna kepadaku.” Rasulullah SAW bersabda:
“Buatlah undian.” Maka bekas suami perempuan tersebut berkata: “Sesiapa yang
boleh menghalangku daripada anakku!” Rasulullah SAW bersabda: “Ini bapamu dan
ini pula ibumu, peganglah tangan siapa yang kamu pilih.” Lalu, anak tersebut
pun memegang tangan ibunya dan mengikutnya pulang.”[9]
Di
Malaysia, tempoh Hadhanah telah diperuntukkan di dalam Seksyen 84 Akta
Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Seksyen 84
Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
memperuntukkan bahawa:
(1) Hak hadhinah bagi menjaga seseorang
kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun,
jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu
perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadhinah, membenarkan dia
menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun,
jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu
perempuan.
(2) Setelah tamatnya hak hadhinah, jagaan
adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur
kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal
dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan
selainnya.[10]
Maka, dapat disimpulkan bahawa tempoh
hadhanah tamat setelah kanak-kanak mencapai umur mumaiyiz, iaitu tujuh tahun
untuk kanak-kanak lelaki dan sembilan tahun untuk kanak-kanak perempuan.
Setelah tamatnya hak hadhanah, jagaan adalah turun kepada bapa dan jika
kanak-kanak itu telah mencapai umur (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu berhak
memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah
Syariah memerintahkan selainnya.
PENUTUP
Hadhanah adalah hak
mutlak seorang kanak-kanak dan penentuan hadhanah yang terbaik memberikan
kemaslahatan kepada kebajikan dan kehidupan kanak-kanak. Mahkamah
menitikberatkan keupayaan penjaga dalam memberikan segala keperluan dalam
penjagaan. Kriteria penjaga itu seharusnya dapat memberi kebajikan kepada
kehidupan kanak-kanak dan dapat mengelakkan seorang kanak-kanak itu dari
mengalami sebarang kemudaratan yang memungkinkan menjejaskan pembesaran,
pendidikan dan kehidupan seharian kanak-kanak tersebut. Ini merupakan asas-asas
pertimbangan yang dilihat mahkamah dalam menentukan penjaga kanak-kanak. Malah
mahkamah juga serius memandang jauh kepada kesan sekiranya kanak-kanak tidak
diberikan nilai penjagaan yang baik. Kanak-kanak tidak mampu untuk mandiri
secara tersendiri dan secara fitrahnya perlu kepada penjaga. Walau bagaimanapun,
setiap kes akan memberi impak yang berbeza berkenaan apa yang terbaik untuk
kemaslahatan, keperluan dan kebajikan seseorang anak kerana setiap kes
mempunyai fakta latar belakang yang berbeza. Oleh yang demikian, penjaga
beragama Islam, berakhlak mulia serta mempunyai pertalian ibu atau ibu saudara
adalah orang yang paling berhak dan yang lebih diutamakan untuk memelihara
kanak-kanak hasil daripada penceraian.
[2] Nur
Zulfah Md Abdul Salam, ‘Asas Pertimbangan Dalam Penghakiman Hadanah: Analisis
Terhadap Kes Kes Di Mahkamah Syariah’ , Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah
dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), (2018)
, 48.
[3] Zanariah
Noor, ‘Aplikasi Prinsip Kebajikan Kanak Kanak Dalam Kes Hadanah’ , Malaysian
Journal Of Syariah And Law (USIM), Vol.2 (2010) , 66.
[4] Surah at-Tahrim ayat 6
[5] Seksyen 81 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1984
[6] Akta Undang-undang Keluarga Islam
(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984. Diambil dari www2.esyariah.gov.my.
[7] Abdul Monir Yacoob & Siti Shamsiah Md Supi
2006:153
[8] Umar Mukhtar Mohd Noor, ‘Bayan Linnas Siri Ke-214:
Solusi Rasulullah SAW Dan Para Sahabat Terhadap Pertikaian Hadhanah’, Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan.
[9] Riwayat Abu Daud (2277).
[10] Seksyen 84 Akta Undang-undang Keluarga Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).
No comments:
Post a Comment